suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mahu jadi terbaik sepanjang zaman, Ronaldo tanam impian atasi rekod Pele

Ronaldo berhasrat atasi rekod Pele

BEKAS pemain pertahanan Manchester United, Gary Neville percaya Cristiano Ronaldo bercadang mengatasi rekod dipegang pemain legenda, Pele.

Kata Neville, dia membuat andaian itu selepas enam tahun bermain bersama Ronaldo di Old Trafford.

"Saya rasa dia ada rancangan untuk kalahkan rekod Pele.

"Saya memang percaya hal itu, itu juga yang ada dalam fikirannya.

"Dia mahu jadi yang terbaik sepanjang zaman. Itulah misi utamanya," ujar Neville.

Ronaldo sehingga kini menjaring 626 gol dalam 838 perlawanan termasuklah bersama Manchester United, Real Madrid dan Juventus.

Pele pula memegang rekod 650 gol dalam 694 jaringan.

Jika dicampur rekod perlawanan persahabatan tidak rasmi, dia mempunyai rekod 1281 jaringan menerusi 1363 kemunculan. - Metro.UK.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ronaldo, Pele, Neville

Artikel Lain