suria

Diberitahu dirinya tidak disukai penyokong Argentina... reaksi Ronaldo buat Dybala terkejut

Dybala tidak menyangka reaksi Ronaldo ketika diberitahu bahawa dia tidak disukai di Argentina. Foto: Getty Images

SIAPA yang tidak kenal dengan Cristiano Ronaldo?

Bintang Portugal itu merupakan ikon hebat dalam arena bola sepak sejak sedekad yang lalu.

Pemain itu memulakan kariernya di Sporting Lisbon sebelum berpindah ke Manchester United, kelab di mana dia memenangi gelaran Liga Perdana sebanyak tiga kali dan Liga Juara-Juara.

Ronaldo kemudian berhijrah ke Real Madrid, di mana dia memenangi empat lagi trofi Liga Juara-Juara, sebelum akhirnya berpindah ke Turin.

Pencapaian tersebut membuatkan dia bukan sahaja diminati ramai, malah turut 'dibenci'.

Dalam perbualan bersama rakan sepasukan di Juventus, Paulo Dybala yang juga bintang Argentina, pemain itu memberitahu Ronaldo bahawa dia tidak disukai khususnya di negaranya.

Dybala memberitahu laman web pasukan kebangsaan Argentina: "Secara peribadi, saya terkejut kerana saya tidak mengenalnya.

"Tetapi dia adalah lelaki yang sangat baik, sangat ramah di dalam dan di luar bilik persalinan.

"Kami berbual ketika sedang dalam perjalanan. Saya berkata 'lihat, jika saya jujur, kami di Argentina sedikit membenci kamu, kerana keperibadian, cara kamu, tapi kamu benar-benar mengejutkan saya kerana saya menjumpai sesuatu yang lain pada kamu'.

"Dia ketawa dan berkata 'Saya tahu begitu, tapi saya tahu bagaimana diri saya, dan saya biasa dikritik'". - Mirror

Ronaldo, Dybala, Juventus, Portugal, Argentina

Artikel Lain