suria

Salah teruja hias rumah sempena Ramadan

Salah memberi senyuman kepada pengikutnya di laman sosial sempena menyambut kedatangan Ramadan. Foto instagram Mohamed Salah

MOHAMED Salah, Mesut Ozil and Antonio Rudiger antara pemain bola sepak Muslim yang menyambut kedatangan bulan Ramadan.

Walaupun dalam perintah kawalan pergerakan akibat Covid-19, mereka juga seperti umat Islam lain yang menyambut bulan yang mulia ini.

Antara bintang bola sepak ini berkongsi gambar-gambar persediaan mereka di media sosial.



Salah menghias rumah. Foto instagram/Mohamed Salah

Salah merupakan antara yang meluangkan masa di rumah.

Beliau menghias rumah dengan memasang lampu bagi menyambut kedatangan Ramadan.

Selain Salah, pemain bola sepak lain yang turut memberi ucapan sempena bulan mulia itu adalah Mesut Ozil, Antonio Rudiger dan Xherdan Shaqiri. - Mail Online UK

Artikel Lain