suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak potong gaji, Chelsea galakkan pemain aktif kegiatan amal

Pemain Chelsea lebih memberi tumpuan kepada kegiatan amal sepanjang pandemik Covid-19. Foto: Getty

CHELSEA mengumumkan untuk tidak memotong gaji pemainnya ketika pandemik Covid-19.

Namun begitu, The Blues menggalakkan para pemainnya untuk memberi tumpuan dalam menyokong aktiviti amal dan membantu pihak yang terjejas akibat wabak berkenaan.

Sebelum ini dilaporkan bahawa pasukan itu akan mengambil potongan gaji sebanyak 10 peratus.

Namun kenyataan di laman web kelab tersebut mengatakan bahawa "perbincangan menyeluruh" telah diadakan untuk membincangkan bagaimana pasukan dapat menyumbang.

"Pada ketika ini, pemain dari pasukan utama tidak akan menyumbang kepada kelab secara kewangan, sebaliknya lembaga telah mengarahkan pasukan untuk memfokuskan usaha mereka," kata kenyataan itu.

"Kami berterima kasih kepada pasukan kerana telah memainkan peranan mereka dalam membantu kelab dengan aktiviti kemasyarakatan serta semua kegiatan amal di negara asal masing-masing dan melalui inisiatif Players Together yang menyokong Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS)," kata kenyataan itu lagi. - BBC.Com

Chelsea, gaji, amal, Covid-19

Artikel Lain