suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Ronaldo pernah ajak saya sertai Real Madrid” - Lewandowski

Lewandowski kini menjadi penyerang utama Bayern Munich selepas dibeli daripada Borussia Dortmund.

PENYERANG sensasi Bayern Munich, Robert Lewandowski mendedahkan Cristiano Ronaldo pernah memujuknya untuk sertai Real Madrid.

Penyerang kebangsaan Poland itu menjadi sasaran beberapa kelab gergasi Eropah selepas menjaringkan 230 gol dalam 275 penampilan dalam saingan Bundesliga.

Pemain berusia 31 tahun itu memberitahu pelawaan tersebut diterima selepas perlawanan antara Real Madrid dan Bayern Munich dalam saingan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah yang menyaksikan pasukannya tewas 6-3.

"Ronaldo dan Ramos yang mengajak saya untuk sertai mereka.

"Bagi saya, untuk mencari kelab baharu adalah tidak penting.

"Sekarang ini prestasi saya sedang berada di kemuncak dan saya ingin kekal seperti ini tanpa memikirkan perkara lain.

"Kelab (Bayern Munich) ini pun merupakan pasukan terbaik di dunia dari segi pemain sehingga fasilitinya," ujar Lewandowski kepada BT Sport.

Lewandowski kini sedang mengalami kecederaan ketika bemain menentang Chelsea tempoh hari.

Dalam kemenangan 3-0 tersebut, Lewandowski muncul wira pasukannya apabila membuat dua bantuan gol, masing-masing kepada Serge Gnabry dan David Alaba. - Daily Star

Artikel Lain