suria

Real Madrid bergelut pamer aksi terbaik, Zidane kekal kemudi pasukan

Zidane pernah membawa Real Madrid muncul juara Liga Juara-Juara Eropah sebanyak tiga kali.

REAL Madrid mengekalkan khidmat Zinedine Zidane meskipun timbul ura-ura bahawa dia akan digantikan oleh bekas jurulatih Tottenham, Mauricio Pochettino pada musim hadapan.

Menurut sebuah laporan memberitahu bahawa keputusan untuk mengekalkan Zidane dibuat lebih awal oleh kelab disebabkan penularan wabak Covid-19.

Sebelum saingan liga ditunda disebabkan koronavirus, Real Madrid ketinggalan dua mata di belakang pendahulu liga, Barcelona selepas 27 perlawanan.

Ketika bergelut untuk mendapatkan kedudukan di takhta liga, Real Madrid juga baru-baru ini tewas kepada Manchester City 2-1 dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Khabar angin mengatakan sekiranya Zidane gagal membawa pulang salah satu daripada piala tersebut, masa depannya bersama Real Madrid berada di dalam kedudukan bahaya.

Zidane sebelum ini pernah membawa Real Madrid muncul sebagai juara Liga Juara-Juara Eropah sebanyak tiga kali berturut-turut. - Sky Sports

Zidane, Real Madrid

Artikel Lain