suria

Kontrak Song, Djourou ditamatkan berikutan penularan wabak Covid-19

Song merupakan bekas pemain Arsenal yang beraksi dengan kelab Switzerland. Kini kontraknya ditamatkan berikutan Covid-19.

KELAB Switzerland, FC Sion telah menamatkan kontrak dua orang bekas pemain Arsenal iaitu Alex Song dan Johan Djourou berserta tujuh pemain lain berikutan wabak Covid-19.

Kesemua sembilan pemain itu menolak cadangan kelab untuk tidak membayar gaji oleh kerana saingan liga ditangguh sehingga 30 April.

Presiden FC Sion, Christian Constantin serta-merta bertindak menamatkan kontrak sembilan tersebut selepas menolak cadangannya.

Bekas pemain kebangsaan Switzerland, Djourou dan pemain tengah Cameroon, Song turut disertai Pajtim Kasami, Ermir Lenjani, Xavier Kouassi, Seydou Doumbia, Mickael Facchinetti, Christian Zock, Birama Ndoye meninggalkan kelab yang pernah menjuarai liga domestik sebanyak dua kali.

Switzerland sehingga kini telah merekodkan sebanyak 3,800 kes positif koronavirus termasuk 33 jumlah kematian.

Sementara itu di Jerman, pemain kelab Borussia Monchengladbach setuju untuk menerima potongan gaji untuk membayar gaji kakitangan yang lain.

Di liga Perancis pula, kelab Amiens turut melakukan perkara yang sama untuk menampung perbelanjaan kelab yang tinggi. -standardmedia

Alex Song, Johan Djourou, FC Sion

Artikel Lain