suria

Kelab La Liga sahkan 15 pemain termasuk staf positif Covid-19

Sehingga ini 13,910 kes Covid-19 disahkan di Sepanyol.

SERAMAI 15 orang termasuk staf kelab Deportivo Alaves disahkan positif Covid-19.

Berikutan pandemik Covid-19, seluruh Liga Eropah ditangguh sehingga April yang menyaksikan telah memberi kesan kepada semua liga termasuk La Liga.

Antaranya termasuk Real Madrid yang dikuarantin selepas seorang pemain bola keranjang dilaporkan positif dan mempunyai kontak dengan kelab itu, manakala Valencia mengesahkan 35 peratus adalah positif apabila ujian dibuat.

Valencia dianggap mempunyai jangkitan tinggi selepas berdepan dengan Atalanta dalam aksi Liga Juara-Juara awal bulan ini serta selepas itu bertemu Alaves sebelum liga ditangguhkan.

“Seramai 15 orang telah diuji positif, tiga daripadanya melibatkan pemain pasukan uatama Deportivo Alaves, tujuh daripada adalah staf jurulatih dan tiada dari pasukan bola keranjang. Lima pekerja juga turut dijangkiti.” - Onefootball

Covid-19, Deportivo Alaves, La Liga

Artikel Lain