suria

Penyokong MU terkejut lihat penampilan baharu Antonio Valencia

Antonio Valencia tampil dengan penampilan terbaharunya ketika melakukan latihan ringan.

BEKAS pemain Manchester United (MU), Antonio Valencia membuat kejutan dengan penampilan terbaharunya yang dimuat naik di Instagram.

Pemain kebangsaan Ecuador itu menghabiskan 10 tahun beraksi di Old Trafford dengan memenangi dua kejuaraan liga dan Piala Europa.

Dia meninggalkan MU pada musim lepas untuk kembali semula ke Ecuador dengan menyertai L.D.U. Quito.

Valencia kerap memuat naik rutin harian di laman Instagram peribadinya.

Baru-baru ini, pemain berusia 34 tahun itu menunjukkan penampilan terbaharunya dengan berkepala botak.

Posting tersebut mendapat lebih 96,000 tanda suka daripada pengikutnya di Instagram.

Ramai pengikutnya terkejut dengan penampilan baharu tersebut.

"Awak kelihatan seperti penggusti WWE sekarang," tulis seorang netizen.

Posting tersebut turut menerima komen daripada beberapa bintang bola sepak yang lain seperti Marouane Fellaini, Rio Ferdinand dan Timothy Fosu-Mensah. - Daily Star

Antonio Valencia, botak

Artikel Lain