suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sah! Beckham mahu Ronaldo, Messi masuk Inter Miami

David Beckham. Foto Reuters

DAVID Beckham mengesahkan mengenai hasratnya untuk membawa dua bintang dunia, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo ke Inter Miami.

Bekas pemain Manchester United dan England itu dikaikan untuk membawa beberapa nama besar dalam dunia bola sepak ke Miami.

Dan Beckham mengakui beliau mengimpikan untuk membawa masuk pemain-pemain hebat seperti Ronaldo dan Messi. 

ARTIKEL BERKAITAN: Ronaldo, Messi akhiri kerjaya dalam pasukan Beckham?

"Kita benar-benar percaya pada senarai yang kita ada, kita sangat gembira dengan pemain-pemain yang kita ada.

"Tapi kita juga bercakap tentang sekiranya kita mempunyai peluang untuk membawa pemain-pemain besar dari Eropah ke bandar ini, kita akan melakukannya," katanya.

"Tapi kita sentiasa bercakap tentang kita menjadi yang lain daripada mana-mana kelab, yang mana saya pasti semua pemilik kelab bercakap tentang perkara sama.

"Itulah yang kita akan cuba lakukan dan sekiranya mempunyai peluang untuk membawa pemain-pemain nama besar, kita pasti bertuah kerana mempunyai kumpulan yang mahu berjaya dan mempunyai saingan untuk menjadi pemain terbaik," katanya. - Mirror

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain