Ronaldo, Messi akhiri kerjaya dalam pasukan Beckham? - Sukan | mStar

Ronaldo, Messi akhiri kerjaya dalam pasukan Beckham?

David Beckham mempunyai rancangan besar untuk MLS di Miami. Foto David Beckham/Instagram

DAVID Beckham akan memastikan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi menamatkan kerjaya mereka di Inter Miami di MLS.

Dan Adrian Heath tidak meragui bekas pemain Manchester United, Real Madrid dan England itu akan merealisasikannya.

Beckham mempunyai hubungan yang kuat dengan bintang Juventus berusia 35 tahun, Ronaldo, yang mengintai peluang baharu sebelum bersara.

Pada usia 32 tahun, Messi dari Barcelona mempunyai lebih banyak masa, tetapi Heath percaya kedua-duanya boleh bermain di Miami.

"Saya mendengar akan ada sesuatu yang besar secara berperingkat, dan Ronaldo dan Messi adalah nama yang paling banyak saya dengar," kata Adrian Heath yang merupakan bos Minnesota United.

"Ia akan menjadi luar biasa untuk bola sepak di Amerika Syarikat dan jika sesiapa yang dapat menjadikan impian itu menjadi kenyataan maka ia seharusnya David Beckham.

"Ia mungkin belum berlaku lagi, tetapi saya dapat melihat Ronaldo mengikuti jejak langkah Zlatan Ibrahimovic, Wayne Rooney, Steven Gerrard dan Frank Lampard bermain di MLS.

"Bagi Ronaldo dan Messi, dua pemain hebat ini sekiranya mereka datang ke MLS, ia akan menjadi Los Angeles dan Miami," katanya. - Mirror


Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain