suria

Penyokong muda United utus surat minta Liverpool 'jangan menang', balasan Klopp menyentuh hati

Penyokong muda Manchester United meluahkan rasa sedih setiap kali melihat Liverpool menang.

KECEWA dengan keputusan Liga Perdana Inggeris musim ini, seorang penyokong Manchester United  yang berusia 10 tahun telah mengutus surat kepada pengurus Liverpool.

Ia berikutan  pencapaian Liverpool luar biasa LIverpool musim ini yang kini telah meninggalkan 22 mata kepada pencabar terdekat Manchester City sekaligus bakal merangkul trofi liga.

Setiap kemenangan yang dirakam The Reds itu telah mengeceawakan penyokong muda United ini, Daragh Curley.

Curley menulis surat kepada Klopp meminta agar pengurus itu 'buat Liverpool kalah' telah mendapat respon yang mengejutkan.

Kanak-kanak itu juga memberitahu, setiap kemenangan yang dicapai Liverpool menyebabkan dia sedih.

Surat terbuka ini telah dikongsi di DailyMail.

"Dear Jurgen Klopp, My name is Daragh. I am 10 years old. I go to Glenswilly N.S in Donegal. I support Man United and the reason I am writing is to complain.

"Liverpool are winning too many games. If you win nine more games then you have the best unbeaten run in English football. Being a United fan that is very sad.

"So the next time Liverpool play please make them lose. You should just let the other team score. I hope I have convinced you to not win the league or win another match ever again. Yours sincerely, Daragh."

Klopp membalas surat yang dihantar oleh penyokong muda United (kiri).

Biarpun skuad Liverpool padat dengan pelbagai perlawanan, Klopp sempat meluangkan masa untuk membalas surat Curley itu.

Klopp menulis: "Unfortunately, on this occasion I cannot grant your request, not through choice anyway.

"As much as you want Liverpool to lose, it is my job to do everything that I can to help Liverpool to win as there are millions of people around the world who want that to happen so I really do not want to let them down."

Namun Klopp turut menulis sesuatu yang menyentuh perasaan kepada penyokong muda bola sepak itu.

"Saya boleh beritahu satu perkara yang tidak akan berubah iaitu semangat kepada bola sepak dan kelab anda. Manchester United sangat bertuah kerana memiliki anda.

"Walaupun kelab ini merupakan pesaing hebat, kami juga turut berkongsi perasaan hormat menghormati antara satu sama lain. Bagi saya, inilah bola sepak yang sebenarnya."

Liverpool bakal menerima kunjungan West Ham pada Isnin dan sekiranya mencatat kemenangan, skuadnya akan merekodkan 27 perlawanan tanpa tewas musim ini. -90min.com

Artikel Lain