suria

Pertama kali Neymar tidak disenarai pendek calon anugerah Ballon d'Or selepas 8 tahun, ini sebabnya!

Neymar. Foto Reuters

MEDIA France Football menyenaraikan sebab mengapa Neymar tercicir dalam senarai pendek anugerah berprestij, Ballon d'Or.

Kejutan berlaku apabila bintang kelahiran Brazil itu tidak tersenarai dalam pencalonan anugerah pemain secara individu yang dikeluarkan pada Isnin malam.

Buat pertama kalinya Neymar tidak disenaraikan sebagai calon.

Bagaimanapun, France Football yang menganjurkan anugerah tersebut membuat kesimpulan mengapa mereka tidak menyenaraikan pemain Paris Saint-German (PSG) itu.

Antara sebab adalah Neymar mengalami kecederaan sehingga terlepas permainan PSG menentang Manchester United dalam Liga Juara-Juara.

Pasukan itu tewas dalam perlawanan berkenaan, dan dia kemudian membuat kritikan mengenai keputusan yang dilakukan oleh pegawai kelab, sehingga akhirnya dihalang untuk bermain dalam dua permainan.

Neymar juga menimbulkan kekecohan selepas dikatakan bergaduh dengan penyokong kerana menghinanya selepas saingan akhir Coupe de France.

Perlawanan yang berlangsung pada 27 April lalu menyaksikan kekalahan PSG.

Satu lagi tumpuan signifikan pada musim panas lalu adalah kegagalan Neymar berhijrah ke Barcelona.

Neymar secara jelas mahu kembali ke kelab di Sepanyol itu, namun dia masih belum dapat dilepaskan dari PSG. 

Seramai 30 pemain disenarai pendek dalam anugerah berprestij itu yang sering menjadi bualan dunia bola sepak susulan senarai itu dikeluarkan pada Isnin.

Berikut adalah senarai 30 pemain yang disenarai pendek untuk Anugerah Ballon d'Or:

1. Sadio Mane - Liverpool

2. Sergio Aguero - Manchester City 

3. Frenkie de Jong - Ajax/ Barcelona 

4. Hugo Lloris - Tottenham 

5. Dusan Tadic - Ajax

6. Kylian Mbappe - PSG

7. Trent Alexander-Arnold - Liverpool

8. Donny van de Beek - Ajax

9. Pierre-Emerick Aubameyang - Arsenal

10. Marc-Andre Ter-Stegen - Barcelona 

11. Cristiano Ronaldo - Juventus

12. Alisson - Liverpool

13. Matthijs de Ligt - Juventus

14. Karim Benzema - Real Madrid

15. Georginio Wijnaldum - Liverpool

16. Virgil van Dijk - Liverpool

17. Bernardo Silva - Manchester City

18. Heung-min Son - Tottenham Hotspur

19. Robert Lewandowski - Bayern Munich

20. Roberto Firmino - Liverpool

21. Lionel Messi - Barcelona

22. Kevin de Bruyne - Manchester City

23. Kalidou Koulibaly - Napoli

24. Riyad Mahrez - Manchester City

25. Antoine Griezmann - Barcelona 

26. Mohamed Salah - Liverpool

27. Joao Felix - Atletico Madrid

28. Eden Hazard - Real Madrid

29. Marquinhos - PSG

30. Raheem Sterling - Manchester City 

- Daily Mail

Artikel Lain