suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyokong berperang sesama sendiri di stadium hingga ada yang cedera

Foto sekitar insiden pada Ahad lalu.

PERLAWANAN bola sepak antara pasukan Atletico San Luis dan Gallos Blancos Queretaro berakhir dengan tragedi pada Ahad.

Beberapa penyokong mengalami kecederaan selepas mereka berkelahi sesama sendiri di Stadium Alfonso Lastras Ramirez, Mexico.

Insiden itu turut memaksa perlawanan bola sepak dihentikan serta merta.

Menerusi rakaman yang tersebar, kelihatan ada peminat yang berlumuran darah di wajahnya.

Namun tidak dapat dipastikan pihak mana yang mencetuskan pergaduhan itu.

Sehingga kini, beberapa penonton dilaporkan cedera namun jumlah sebenar masih belum dapat dipastikan.

Dalam pada itu, pengurusan pasukan Atletico San Luis turut memberi komen berhubung insiden itu.

"Institusi kami komited untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan, memberi maklumat dan menghukum pelaku mengikut undang-undang," ujar pihak Atletico San Luis dalam satu kenyataan. - Daily Star.

Artikel Lain