suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak mahu bakat muda disambar Barcelona, Manchester United sedia tawaran baharu

Angel Gomes (baju merah). Foto Reuters

MANCHESTER United dilaporkan akan menangkis minat daripada beberapa pihak termasuk Barcelona dengan membuat tawaran baharu kepada pemain tengah berusia 19 tahun, Angel Gomes.

Gomes menyertai akademi Manchester United pada usia enham tahun dan kini memasuki pasukan utama di bawah pengurus Ole Gunnar Solskjaer.

Penyertaannya itu selepas beberapa prestasi yang memberangsangkan.

Barcelona dilaporkan merupakan antara pasukan yang menaruh minat pada bintang skuad kebangsaan England bawah 20 tahun itu.

Sehubungan itu, Manchester United bersedia untuk membuat terma baharu untuk pemain berkenaan.

Manchester United dikatakan akan memuktamadkan kontrak baharu untuk Gomes, yang dijadikan pengumuman bakal dibuat beberapa hari lagi.

Ia merupakan sebagai usaha untuk mengekalkan salah seorang pemain muda yang berbakat besar.

Gomes telah bermain untuk pasukan utama Manchester United sebanyak tiga kali pada musim ini. - Daily Mail

Artikel Lain