Real Madrid intai dua pemain hebat sasaran Manchester United - Sukan | mStar

Real Madrid intai dua pemain hebat sasaran Manchester United

Jadon Sancho. Foto Reuters

REAL Madrid dilaporkan berminat dengan dua pemain, Jadon Sancho dan Erling Braut Haaland pada musim panas.

Kedua-dua pemain itu dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United sejak kebelakangan ini selepas menunjukkan prestasi cemerlang di kelab masing-masing.

Pemain muda skuad Borussia Dortmund, Sancho merupakan salah seorang daripada pemain yang paling menjadi rebutan di Eropah selepas meletakkan kedudukan yang kukuh dalam Bundesliga.

Setakat musim ini, Sancho telah menjaringkan empat gol dalam 11 penampilan untuk Dortmund.

Bagi musim lalu, pemain berusia 19 tahun itu meraih 13 gol buat kelab Jerman tersebut, maka tidak hairanlah banyak kelab terbaik Eropah berminat dengannya.

Erling Braut Haaland. Foto Reuters

Sementara itu, Haaland meraih perhatian pada musim ini dengan Red Bull Salzburg, apabila menjaringkan 19 gol di kesemua 16 permainan.

Pemain berusia 19 tahun itu turut bermain dalam Bundesliga Austria dan Liga Juara-Juara.

Menurut laporan El Desmarque, Real Madrid kmahu memperkukuhkan skuad mereka dan kini mengintai kedua-dua pemain itu,

Laporan turut menambah bahawa Manchester United tidak sedia untuk melepaskan saingan mereka untuk merebut kedua-dua pemain berkenaan.

Ketika ini, pengurus pasukan, Ole Gunnar Solskjaer terdesak untuk melakukan pembaharuan dalam pasukan itu secepat mungkin selepas menyaksikan prestasi terburuk kelab itu sejak 30 tahun. - Daily Star

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?