Niat pindah ke Everton tidak kesampaian, kini Rojo perlu berjuang rebut tempat di Old Trafford - Sukan | mStar

Niat pindah ke Everton tidak kesampaian, kini Rojo perlu berjuang rebut tempat di Old Trafford

Rojo mahu tempat dalam skuad utama United untuk terpilih dalam pasukan kebangsaan.

MARCOS Rojo merancang untuk meninggalkan Manchester United pada musim jendela perindahan akan datang sekiranya dia gagal memikat hati Ole Gunnar Solskjaer.

Pemain pertahanan itu sudah terkeluar daripada perancangan Solskjaer di Old Trafford dan lebih getir dia perlu berjuang untuk mendapatkan kembali posisinya selepas ketibaan Harry Maguire.

Walaupun dia berharap namanya akan disenaraikan dalam skuad Argentina, apa yang penting bagi Rojo adalah menyelamatkan dirinya dalam skuad utama United terlebih dahulu selepas perancangan untuk pindah ke Everton tidak kesampaian.

"Saya ada peluang untuk ke Everton, tetapi berikutan keputusan kelab atau pengurus, ia tidak berlaku.

"Sekarang saya perlu berjuang sehingga Disember dan sekiranya tidak berjaya, saya akan pergi.

"Kelayakan Copa America akan tiba dan saya mahu menjadi sebahagian daripada mereka (pasukan Argentina). Saya tidak mahu diketepikan lagi.

"Saya mahu menggunaka semua peluang dan berjuang di sini," dailymail.co.uk

Marcos Rojo , Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Eto'o gantung but pada usia 38 tahun

Artikel Berkaitan

Bekas pemain Manchester United bersara

Manchester United sedia pujuk Pogba

Artikel Lain

Sufi selamat bergelar suami Nurulain