suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Real Madrid sanggup bayar Pogba lumayan, menyamai gaji Bale

Paul Pogba. Foto Reuters

REAL Madrid dilaporkan sanggup memperuntukkan sebanyak £150 juta (RM768.67 juta) untuk Paul Pogba, dengan nilai tawaran gaji Gareth Bale £600,000 (RM3.07 juta) seminggu.

Pemain Manchester United itu telah lama mengimpikan Real Madrid.

Dan Real Madrid, Zinedine Zidane sedang membuat pengiraan untuk membawa Pogba ke Bernabeu pada musim panas ini.

Menurut Diario AS, nilai bayaran yang besar buat pemain itu bagaimanapun tidak akan membuatkan Real Madrid terkeluar dari saingan.

Bagaimanapun, satu halangan besar adalah pendapatan Bale yang lumayan, dengan Real Madrid teragak-agak untuk membayar kedua-dua pemain itu dengan gaji yang terlalu tinggi. 

Zidane yang telah merekrut lima pemain pada musim panas ini, menjadikan Pogba sebagai sasaran nombor satu dan pemain itu difahamkan menjadi isu yang akan dimuktamadkan. - Daily Mail UK


Artikel Lain