suria

De Gea idam gelaran kapten, bakal ikat kontrak baharu jangka panjang di Old Trafford

De Gea idam gelaran kapten tetap Manchester United.

DAVID de Gea dedah mahu jadi kapten Manchester United.

De Gea bakal menandatangani kontrak baharu di Old Trafford dengan gaji 375 ribu paun seminggu sehingga 2025 selepas pulang dari aksi jelajah pra musim sekaligus menepis spekulasi dia akan meninggalkan kelab ini.

Dia antara salah seorang calon untuk menjadi kapten tetap selepas diberi tanggungjawab mengetuai pasukan dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

"Saya telah menjadi kapten dalam beberapa perlawanan sebelum ini dan sudah tentu sangat menarik menjadi kapten di kelab seperti Manchester United dan mempertahankan lencana ini.

"Saya sangat gembira jika menjadi kapten. Ini musim kesembilan bersama kelab ini dan saya rasakan ia adalah salah seorang pemain paling berpengalaman.

"Saya perlu tunjukkan sesuatu di padang dan membantu pemain-pemain muda makna Manchester United dan ia sangat penting," ujarnya.

Pemain berusia 28 tahun itu mengakui musim lalu bukanlah yang terbaik bagi kelabnya apabila tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara dan gagal menjulang trofi. - Dailymail.co.uk

David De Gea, manchester united

Artikel Lain