suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beri peluang kedua, kata-kata Mo Salah mungkin ditujukan buat rakan sepasukan terpalit kes gangguan seksual

Mo Salah membuat kenyataan itu menerusi laman Twitter.FOTO: Global Look Press / Ricardo Moreira

PEMAIN bola Mesir Mohamed Salah berkata, rakan sepasukannya Amr Warda tidak sepatutunya disingkirkan daripada skuad kebangsaan.

Warda menerima kesan susulan dakwaan gangguan seksual yang dilemparkan kepadanya.

Mo Salah membuat perkongsian mengenai pendapatnya itu menerusi laman Twitter.

Biarpun tidak menyebut nama Warda, peminat percaya siri tweet berkenaan ditujukan buat rakan sepasukannya itu.

"Wanita mesti dilayan dengan penuh hormat. Saya juga percaya kesilapan boleh mengubah individu untuk jadi lebih baik.

"Kita perlu percaya pada peluang kedua. Kita perlu bimbing dan didik, bukannya menjauhi," ujarnya.

Dalam pada itu, segelintir pelayar Twitter turut menyelar kenyataan Salah.

Pada Rabu, Warda disingkirkan daripada skuad Mesir selepas timbulnya tuduhan gangguan seksual oleh beberapa wanita. - Rt.com.

Artikel Lain