suria

Aksi 'triangle choke' Jihin buat lawan tewas, Jordan Boy kembali bangkit raih kemenangan

Jihin mengibar bendera Malaysia sebaik sahaja dinobatkan sebagai pemenang kategori atomweight dengan menewaskan pejuang Filipina.

TAMPIL bertenaga dengan gaya rambut tersendiri, Jihin Shadow Cat’ Radzuan hanya mengambil masa kurang daripada tiga minit untuk menewaskan lawannya dari Filipina.

Gadis kelahiran Johor berusia 20 tahun ini melangkah kaki ke gelanggang dengan penuh yakin biarpun Jomary Torres cuma melakukan serangan lebih awal.

Jihin berjaya mengatasi aksi pembukaan agresif daripada Torres sebelum menjatuhkan lawannya dengan aksi 'deep triangle choke'. 

Torres cuba melepaskan diri daripada cengkaman Jihin namun akhirnya mengaku kalah.

Jelas Jihin kemenangan ini amat bermakna buatnya selepas tewas di Bangkok sebelum ini, juga dengan lawan dari Filipina.

“Ini boleh dianggap ‘comeback’ saya walaupun ada rasa gementar. Rasa seperti sukar tetapi saya cuba tenangkan diri.

“Memang sudah rancang untuk menamatkan perlawanan dalam pusingan pertama atau kedua.

“Saya cuba guna semua jenis kemahiran dan termasuk 'triangle choke' yang menamatkan perlawanan itu,” katanya selepas perlawanan.

Jordan Boy merrangkul kemengan selepas tewas tiga kali berturut-turut sebelum ini.

Sementara itu,  dua wakil Malaysia yang bersaing dalam kategori Muay Thai pada ONE: Masters of Destiny yang berlangsung di Stadium Axiata ini Mohammed Mahmoud atau digelar Jordan Boy turut menewaskan rakan senegara berpengalaman Saiful Merican.

Mohammed menumpaskan Saiful yang kembali ke gelanggang selepas dua tahun berehat akibat kecederaan dalam tiga pusingan perlawanan.

Selepas tiga kali berturut-turut kalah sebelum ini, Mohammed bangkit mencipta kemenangan buat kali kedua tahun ini.

“Saya berlatih keras untuk perlawanan ini terutama dari segi stamina.

“Saya banyak buat kajian dengan corak permainan dia. Saya ikut dan cuba bermain psikologi dengan saya.

“Ada juga saya terikut dan akui itu silap saya. Mengenai kesalahan menghentak bahagian belakang kepalanya itu, saya memang tidak sengaja.

“Saya diberi kad kuning oleh pengadil dan bernasib baik pihak juri memutuskan untuk tidak menolak mata, sebaliknya hanya tolak duit (kemenangan).

“Mengenai perancangan selepas ini, saya tunggu tawaran daripada ONE Championship untuk berlawan dengan pilihan mereka.

“Dalam pada itu saya akan menyertai Kejohanan Dunia Amatur Muay Thai di Bangkok minggu depan,” jelasnya .

Jihin, Jordan, One Championship

Artikel Lain