suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemain United kena troll penyokong Liverpool di Perth

Sebuah pesawat ringan tiba-tiba melintasi stadium dengan membawa sepanduk tertera perkataan 'Liverpool 6 x European champions’.

PEMAIN Manchester United menjadi mangsa troll penyokong Liverpool semasa sesi latihan pra musim di Perth, Australia pada Khamis.

Anak buah Ole Gunnar Solskjaer berada di Australia untuk kempen jelajah pra musim dan akan berdepan Perth Glory pada aksi pembukaan Sabtu ini.

Menjelang perlawanan itu, United mengadakan sesi latihan terbuka di WACA Ground dengan 12,000 tiket dibeli penyokongnya.

Namun sesi latihan itu sedikit terganggu apabila sebuah pesawat ringan terbang melintasi stadium tersebut dengan membawa sepanduk yang tertera perkataan 'Liverpool FC 6x European Champions'.

Dalam pada itu, Marcus Rashford mendakwa Solskjaer menyuntik semangat semua pemain semasa sesi pra musim United.

"Kami mula memahami apa yang dia mahukan. Kami boleh menyesuaikan diri dan berusaha untuk memperbaiki permainan. Ini adalah pra musim pertamanya," katanya. - Metro.co.uk

troll, Manchester United, Liverpool

Artikel Lain