Arsenal tawar RM206 juta termasuk tiga pemain kepada Palace demi Zaha

Wilfred Zaha.

ARSENAL menawarkan 40 juta pound sterling (RM206 juta) termasuk tiga pemain kepada Crystal Palace untuk mendapatkan khidmat Wilfred Zaha.

Namun tawaran itu sudah ditolak Palace yang menuntut bidaan 80 juta pound sterling (RM412 juta) terhadap pemain tersebut.

The Gunners mempunyai dana yang terhad sekitar 45 juta pound sterling (RM232 juta) pada musim panas ini dan harga yang diminta Palace diluar kemampuan mereka.

Menurut The Sun, Arsenal masih berusaha untuk merealisasikan perpindahan Zaha dengan menawarkan tiga pemainnya, Mohamed Elneny, Calum Chambers dan Carl Jenkinson kepada Palace.

Arsenal menilai tiga pemain itu berharga sekitar 40 juta pound sterling (RM206 juta) dan mengingatkan Palace tawaran itu akan mengurangkan nilai jualan yang masih perlu dibayar kepada Manchester United.

United berhak mendapat 25 peratus bayaran perpindahan Zaha apabila Palace gagal menghapuskan klausa semasa rundingan terhadap Aaron Wan-Bissaka.

Zaha dilaporkan berminat untuk menyertai Arsenal tetapi The Gunners berharap bintang Ivory Coast itu menghantar permohonan untuk meninggalkan Palace. - Metro.co.uk

Wilfred Zaha, Arsenal, Crystal Palace

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain