Tiada bidaan terhadap Pogba setakat ini - Sukan | mStar

Tiada bidaan terhadap Pogba setakat ini

Pogba tidak menyembunyikan hasratnya untuk meninggalkan Old Trafford.

PENGURUS Manchester United Ole Gunnar Solskjaer akhirnya bersuara mengenai isu perpindahan Paul Pogba.

Dedah Solskjaer tiada sebarang bidaan diterima terhadap pemain itu.

"Semua orang di dalam kelab bermula pengurus sehinggalah pemilik kelab tahu hasrat Pogba.

"Semua tahu Pogba sedia berpindah. Kami dalam proses itu. Semua orang tahu bagaimana perasaan Pogba," katanya.

Real Madrid dikhabarkan sedang mendahului Juventus untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 26 tahun itu.

Namun Solskjaer menyangkal dakwaan itu dengan berkata tiada tawaran diterima untuk Pogba setakat ini.

"Terdapat banyak cakap-cakap dan spekulasi mengenai pemain kami.

"Namun bagi saya perniagaan seperti biasa. Di United, anda jangka semua spekulasi ini akan timbul pada musim panas.

"Saya sudah bercakap dengan Pogba, Romelu Lukaku, Marcus Rashford dan Jesse Lingard. Setahu saya tiada bidaan terhadap semua pemain ini," katanya. - Dailystar.co.uk

Paul Pogba , bidaan

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Ibu Issey meninggal dunia

Beruang pula masuk kampung