suria

Bintang Arsenal Ozil selamat berkahwin di Istanbul, presiden Turki jadi pengapit

Ozil mengahwini tunangnya, Gulse pada Jumaat.

BINTANG Arsenal, Mesut Ozil melangsungkan perkahwinannya di Istanbul dengan dihadiri Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan sebagai pengapitnya.

Pemain berusia 30 tahun itu yang mempunyai darah kacukan Turki itu menimbulkan kontroversi tahun lalu apabila dilihat bergambar bersama Erdogan sekaligus menimbulkan spekulasi kesetiaannya kepada Jerman ketika kempen Piala Dunia 2018.

Pemimpin utama Turki itu tiba awal pagi Jumaat di sebuah hotel mewah bagi menyaksikan pemain tengah itu mengahwini tunangnya, bekas Miss Turki Amine Gulse.

Presiden Turki, Erdagon (kanan) menjadi pengapit Ozil pada majlis perkahwinan bintang Arsenal itu pada Jumaat.

Selepas 92 penampilan bersama Jerman termasuk sebagai kunci utama skuad juara Piala Dunia 2014, Ozil secara mengejut meninggalkan skuad kebangsaan Julai tahun lalu dengan mendakwa pegawai-pegawai bola sepak Jerman rasis.

Mac lalu, Ozil telah mengumumkan bahawa telah meminta Erdogan untuk menjadi pengapitnya.

Ozil menjalinkan hubungan dengan Gulse sejak 2017 dan bertunang tahun lalu.- Dailymail.co.uk

Mesut Ozil, kahwin, Turki, Jerman

Artikel Berikut

Artikel Lain