suria

Juan Mata ditawar kontrak baharu, 15 pemain dilepaskan Manchester United

Juan Mata. Foto AFP

MANCHESTER United menawarkan kontrak baharu kepada Juan Mata agar pemain itu terus berada di Old Trafford.

Pada masa sama, kelab itu melepaskan 15 nama dalam tempoh rombakan secara besar-besaran.

Pemain-pemain Red Devils seperti Antonio Valencia, Ander Herrera dan James Wilson antara yang tersenarai untuk dilepaskan.

Herrera akan menyertai Paris Saint Germain dengan perjanjian percuma, sementara Manchester United memilih untuk tidak mengambil pilihan yang mencetuskan klausa berpanjangan membabitkan Valencia dan tawaran Wilson.

Namun, tiada ulasan lanjut mengenai masa depan Mata di Manchester United, tetapi kelab itu mengesahkan perjanjian baharu telah ditawarkan kepada pemain berusia 31 tahun itu. - Daily Mail UK


Manchester United, Juan Mata

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain