suria

Phelan dilantik pembantu Solksjaer

Phelan akan membantu Solskjaer selama tiga tahun.

MANCHESTER United mengesahkan pelantikan Mike Phelan sebagai pembantu pengurus dengan tawaran kontrak selama tiga tahun.

Phelan, 56, kembali ke Old Trafford bersama dengan Ole Gunnar Solksjaer pada Disember lalu dan dipercayai berminat dengan jawatan pengarah tenikal.

Namun Solksjaer mahu Phelan meneruskan jawatan sebagai pembantunya.

Phelan yang juga bekas pemain tengah United pernah berkhidmat sebagai pembantu Sir Alex Ferguson antara 2008 dan 2013 berkata dia amat berbangga meneruskan jawatannya secara tetap.

"Saya kagum dapat kembali sebagai pembantu pengurus. Manchester United menjadi sebahagian besar dalam kehidupan saya sejak saya bergelar pemain pada 1989 sehinggalah kedudukan saya hari ini.

"Sejak kembali pada Disember lalu, saya seronok bekerjasama dengan Ole, Michael Carrick, Kieran McKenna, Mark Dempsey dan Emilio Alvarez. Kami fokus mempersiapkan pasukan untuk musim depan.

Pada sidang media pra perlawanan Solskjaer berkata:"Saya fikir dia hebat dalam menjalankan tugasnya sebagai pembantu pengurus dan saya gembira kerana United akhirnya setuju." - Manchestereveningnews.co.uk

Artikel Lain