suria

Setuju sertai Real Madrid? Ini komen Hazard!

EDEN Hazard menyangkal dakwaan bahawa dia sudah bersetuju menyertai Real Madrid pada musim panas akan datang.

Akhbar Sepanyol melaporkan Hazard bersetuju untuk mengikat kontrak bersama Los Blancos selama lima tahun, sekali gus menjadikannya sebagai pemain menerima gaji tertinggi bersama kelab itu.

Spekulasi mengenai masa depan Hazard di Stamford Bridge mula hangat diperkatakan sejak beberapa bulan lalu tetapi kepulangan semula Zinedine Zidane menguatkan lagi dakwaan dia akan meninggalkan Chelsea.

Namun Hazard yang kini sedang menjalani tugas antarabangsa bersama Belgium menafikan khabar angin itu.

Ketika ditanya sama ada perjanjian sudah dimuktamadkan, Hazard berkata:"Tiada apa-apa dalam laporan itu. Saya hanya fokus pada aksi menentang Cyprus.

Zinedine Zidane kembali mengemudi Real Madrid pada bulan ini.

"Itu sahaja yang saya fikirkan ketika ini," katanya.

Chelsea berusaha keras untuk mengekalkan Hazard dengan sedia menawarkan kontrak baharu kepadanya.

Hazard bagaimanapun sering kali memberi bayangan mengenai masa depannya bahawa dia menyimpan impian untuk mewakili Real Madrid sebelum menggantung but.

Jika gagal memujuk Hazard untuk menandatangani kontrak baharu, Chelsea mungkin terpaksa menetapkan harga 98.5 juta pound sterling untuk melepaskan pemain sensasi itu.

Kontrak Hazard akan beraksi pada 2020 dan jendela perpindahan pemain akan datang memberi peluang terakhir kepada Chelsea untuk menjualnya pada harga tertinggi melainkan jika pemain itu setuju untuk kekal di Stamford Bridge.

Namun Chelsea tidak dapat mencari pengganti Hazard jika pemain itu dijual kerana dikenakan sekatan perpindahan oleh Fifa bulan lalu. - Metro.co.uk

Eden Hazard, Real Madrid, Chelsea

Artikel Lain