suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Messi terlepas aksi bertemu Morocco

PENYOKONG-penyokong Argentina terpaksa melupakan hasrat untuk melihat bintang kesayangan mereka beraksi apabila Lionel Messi terpaksa diketepikan daripada skuad kebangsaan.

Messi yang baharu kembali kembali ke dalam skuad kebangsaan selepas Piala Dunia Jun lalu mengalami kecederaan ketika aksi persahabatan bertemu Venezuela pada Jumaat.

Bintang Barcelona itu mengalami kecederaan di bahagian pelvis yang menyaksikan dia terlepas untuk satu lagi aksi persahabatan bertemu Morocco Selasa ini.

Lebih malang lagi buat skuad Lionel Scaloni itu apabila mereka terpaksa akur tewas kepada Venezuela 3-1.

Perlawanan ini merupakan aksi pertama Messi selepas terlepas aksi enam perlawanan pasukan kebangsaan.-Onefootball

Lionel Messi, Argentina

Artikel Lain