suria

Ingkar arahan Sarri, Chelsea tidak bercadang hukum Kepa

Kepa enggan keluar padang apabila dipanggil Sarri.

PENGURUSAN tertinggi kelab Chelsea tidak akan mengambil sebarang tindakan ke atas Kepa Arrizabalaga selepas tidak menghiraukan arahan Maurizio Sarri ketika bertemu Manchester City dalam aksi Piala Carabao.

Penjaga gol berusia 24 itu menimbulkan kontroversi di Stadium Wembley apabila enggan meninggalkan padang selepas Sarri mahu menggantikannya dengan Willy Caballero ketika aksi penentuan penalti.

Tindakan Kepa itu menyaksikan City menang dengan menjulang trofi pertama musim ini.

Sarri bengang dengan tindakan Kepa itu namun dia menjelaskan punca salah faham dirinya dan pasukan perubatan kelab yang merawat pemain kelahiran Sepanyol itu beberapa minit sebelum itu.

Sarri (kiri) kelihatan bengang apabila Kepa enggan keluar padang.

"Kepa betul, namun cara pembawakannya itu salah.

"Saya sangat marah. Saya mahu bercakap dengannya kerana dia perlu faham bahawa kami boleh berdepan dengan masalah, terutamanya dengan anda (media)," ujar Sarri.

Menurut laporan Evening Standard, Chelsea tidak merancang untuk mengambil sebarang tindakan atau hukuman ke atas Kepa.

Sumber kelab menjelaskan bahawa Sarri dan Kepa akan menyelesaikannya sendiri. - metro.co.uk

Kepa, Maurizio Sarri, Chelsa

Artikel Lain