suria

Jika diberi peluang, Rooney undi Ronaldo menang Ballon d'Or bukan Modric

Foto Reuters

PEMAIN Croatia, Luka Modric memenangi anugerah Ballon d'Or 2018 dan mengalahkan bekas rakan sepasukannya, tetapi Wayne Rooney nampaknya tidak bersetuju dengan keputusan tersebut.

Bekas penyerang Manchester United dan England, Rooney berkata, dia akan mengundi Cristiano Ronaldo untuk memenangi anugerah tersebut dan bukannya Modric.

Ronaldo ditewaskan oleh Modric dan berada di tempat kedua pada majlis yang diadakan pada tahun lepas, sekaligus menidakkan peluang bintang Portugal itu untuk merangkul gelaran sama buat kali keenam.

Pemain berusia 33 tahun itu menamatkan duopoli Ronaldo dan Lionel Messi yang masing-masing pernah memenangi anugerah tersebut sama banyak sebelum ini.

Modric bermain bersama Ronaldo ketika Real Madrid memenangi Liga Juara-Juara untuk tahun ketiga berturut-turut selepas menewaskan Liverpool.

"Luka Modric ialah seorang pemain hebat.

"Saya rasa kelewatannya hebat dan cara dia bergerak dengan bola.

"Sebenarnya, dia tidak kelihatan seperti pemain yang pantas tetapi apabila anda bermain menentangnya, dia meluncur melepasi pemainlain.

"Dia pemain yang cemerlang dan mempunyai kerjaya yang hebat.

"Saya tidak fikir dia adalah pemain terbaik di dunia tetapi adakah ddia layak mendapatkannya pada tahun lalu? Sudah tentu, dia layak.

"Dia melalui tahun yang hebat bersama Real Madrid dan jelas sekali menjadi kapten yang bagus untuk Croatia.

"Saya fikir jika pemain yang mengundi, saya akan mengundi Ronaldo menang tahun ini," kata Rooney kepada DAZN. - Goal

Artikel Sebelum

Artikel Lain