Sejak awal lagi Mourinho sudah agak United tidak akan menang Liga Perdana Inggeris - Sukan | mStar

Sejak awal lagi Mourinho sudah agak United tidak akan menang Liga Perdana Inggeris

Mourinho dipecat oleh United pada 18 Disember lalu. - Foto Reuters

BEKAS pengurus Manchester United Jose Mourinho berkata, sejak awal lagi dia sudah dapat mengagak bahawa mereka tidak akan tersenarai dalam kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Mourinho mengendalikan kempen permulaan United yang paling teruk dalam tempoh 28 tahun ini sebelum dipecat pada 18 Disember lalu.

Liverpool kini menduduki tangga teratas Liga Perdana Inggeris, dengan juara Manchester City mengekori rapat di bawah pimpinan Jurgen Klopp.

ARTKEL BERKAITAN: Pendekatan Mourinho sudah ketinggalan zaman, perlu belajar daripada kesilapan di United

Mourinho berkata, memang nampak jelas dari awal kempen bahawa saingan paling sengit United akan merebut gelaran liga tersebut.

"Liga Perdana, saya fikir, sangat kompetitif tetapi kini semakin mudah diramal.

"Sebagai contoh, pada permulaan musim ini saya boleh kata ia akan jadi milik Liverpool atau Manchester City.

"Selepas itu, United, Tottenham, Chelsea dan Arsenal. Dua daripada kelab tersebut akan keluar daripada kedudukan empat teratas," kata Mourinho.

Bagaimanapun, selepas ketiadaan Mourinho, United telah kembali mendaki carta di bawah pimpinan pengurus sementara, Ole Gunnar Solskjaer. - Manchester Evening News

Jose Mourinho

Artikel Berkaitan

Artikel Lain