suria

Hanya 2 daripada 10 pemain Malaysia tempah tiket ke final

Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi menewaskan pasukan senegara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik di kejohanan badminton Malaysian Masters di Kuala Lumpur, Sabtu. Foto K.K. Kanesan

HANYA dua daripada 10 pemain Malaysia yang layak ke peringkat separuh akhir berjaya mara ke pusingan akhir kejohanan badminton Masters Malaysia di Axiata Arena di Kuala Lumpur, Sabtu.

Pasangan beregu lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi mengalahkan rakan sepasukan mereka, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dengan 21-6, 18-21, 21-19.

Dalam saingan separuh akhir, pasangan Indonesia, Marcus Fernanddi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo menewaskan pasukan Malaysia, Goh V Shem-Tan Wee Kiong menerusi 21-18, 24-22.

Pasangan beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying turut kecundang selepas dikalahkan oleh pasangan Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino dengan 15-21, 21-7, 14-21.

ARTIKEL BERKAITAN: Liew Daren cedera, tarik diri daripada separuh akhir

Dalam acara perseorangan wanita, pemain Thailand, Ratchanok Intanon menang dengan 21-16, 21-16 ke atas pemain negara, Goh Jin Wei.

Malang bagi pemain perseorangan lelaki kebangsaan, Liew Darren, yang terpaksa menarik diri daripada kejohanan sebelum perlawanan bermula berikutan kecederaan kaki, sekali gus membolehkan pemain Korea Selatan, Son Wan-ho mendapat tiket percuma ke pusingan akhir. - The Star

Artikel Lain