suria

Ronaldo, Beckham antara 10 pemain bola paling seksi di dunia

FOTO: Soccer Laduma

PERKATAAN seksi mempunyai makna yang meluas dan merangkumi pelbagai aspek dalam diri seseorang individu.

Begitu juga dalam kalangan pemain bola, selain dikagumi kerana lincah di padang, mereka juga menarik jutaan peminat gara-gara tarikan tersendiri.

Selepas hampir sebulan 2018 melabuhkan tirai, ayuh kita imbas kembali 10 pemain bola sepak yang dinobatkan sebagai paling seksi pada tahun lalu.

Di tangga pertama adalah pemain sensasi, Cristiano Ronaldo.

Ronaldo

Dengan jutaan jumlah pengikut di Facebook dan Instagram, Ronaldo sering menjadi pujaan ramai gadis kerana ketampanan wajahnya.

Malah, dia juga sering tampil bergaya sekaligus menyerlahkan auranya sebagai pemain bola dan juga personaliti dengan pembawakan diri yang menarik.

Di tangga kedua ialah David Beckham. Dia yang juga suami kepada bekas penyanyi kumpulan Spice Girl, Posh seringkali dikaitkan dengan perkataan seksi.

David Beckham

Manakan tidak, dari gaya rambut, pemilihan pakaian serta cara Beckham berposing di hadapan kamera sentiasa menarik perhatian.

Maka tidak hairanlah jika dia dinobatkan sebagai pemain bola kedua paling seksi pada 2018.

Di tangga ketiga ialah Neymar diikuti Olier Giroud di kedudukan keempat.

Sergio Ramos

Pemain tampan, Sergio Ramos turut tersenarai di tangga kelima.

Dia dikaitkan dengan aura seksi apabila sering memaparkan six-pack milinya.

Malah, tatu di lengannya juga turut dikagumi peminat.

Berikut merupakan senarai penuh pemain bola paling seksi pada 2018.

1. Christiano Ronaldo
2. David Beckham
3. Neymar Jr. Dos Santos
4. Oliver Giroud
5. Sergio Ramos
6. James Rodrigues
7. Theo Walcott
8. Claudio Marchisio
9. Yaya Toure
10. Asmir Begovic.

Senarai ini diterbitkan oleh wonderlist.com.

Artikel Lain