Langsai tunggakan gaji komitmen Kafa - Afandi - Sukan | mStar

Langsai tunggakan gaji komitmen Kafa - Afandi

PETALING JAYA: Tunggakan gaji atau hutang tetap menjadi salah satu komitmen persatuan, demikian ujar Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Datuk Seri Afandi Hamzah.

Jelas Afandi, pihak pengurusan dan pasukan adalah dua perkara berbeza.

"Seperti pasukan lain, Kelantan juga rancak mempersiapkan diri untuk aksi musim 2019 dan semua maklum bahawa kami bakal bersaing dalam Liga Perdana.

"Namun ia bukan kayu ukuran untuk kita tidak menjalankan persiapan rapi. Kita memang mahu lakukan yang terbaik musim ini bagi memastikan kembali ke Liga Super musim 2020.

"Saya yakin dengan barisan pemain-pemain muda yang masih kekal sejak musim lalu, Kelantan akan terus memberi  persembahan terbaik.

"Mereka telah membuktikan prestasi sendiri apabila ramai di antara mereka berjaya berada dalam skuad kebangsaan terutama pasukan Datuk Ong Kim Swee (Bawah 23 Tahun).

"Buat masa sekarang masih mencari seorang lagi pemain import untuk diletakkan di barisan hadapan serangan," ujarnya kepada mStar Online selepas Majlis Pelancaran Pra Musim Liga Bolasepak Malaysia (MFL) 2019.

Barisan pemain Kelantan ketika perlawanan pra musim. Foto kreditL: KelantanFA.Official

Pun begitu, selaku badan pengurusan bola sepak persatuan, Afandi mengakui tanggungjawab Kafa untuk menyelesaikan isu-isu yang belum selesai.

"Memang perkara itu tetapi menjadi keutamaan pasukan. Persatuan sentiasa berusaha untuk selesaikannya.

"Kita memang tidak mampu untuk selesaikan banyak perkara dalam satu masa yang singkat.

"Kita sudah membuat pembayaran yang berterusan dan perlu ingat  isu yang timbul ini adalah kes yang lama. Beberapa tahun dahulu.

"Jadi kami perlu rancang dan rencanakan sebaik mungkin untuk selesaikan masalah hutang ini.

"Kita membuat bayaran ikut kemampuan yang ada," jelasnya.

Datuk Seri Afandi Hamzah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel