suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dakwaan rogol tak jejas prestasi, Ronaldo rai kemenangan dengan Floyd Mayweather

BINTANG Juventus, Cristiano Ronaldo meraikan kemenangan pasukannya ke atas AC Milan bersama Floyd Mayweather.

Menerusi perlawan di Jeddah, Arab Saudi itu, Ronaldo menjadi penjaring tunggal.

Selain diraikan dengan penuh kegembiraan bersama rakan sepasukan, juara tinju terkenal dunia, Mayweather turut hadir bersama.

"Ianya perlawanan yang mencabar, agak panas dan susah bermain dalam keadaan ini.

"Namun kami main dengan baik, banyak peluang terhasil dan saya gembira dapat jaringkan gol.

"Saya berazam untuk memulakan 2019 dengan trofi kemenangan. Ini adalah permulaan," ujar Ronaldo selepas berakhirnya perlawanan.

Dalam perlawanan itu, AC Milan berpuas hati tanpa sebarang jaringan.

Gol tunggal Ronaldo itu menjadi jaringan ke-16 buat pemain itu dalam Serie A.

Biarpun masih lagi berhadapan dengan dakwaan rogol ke atasnya, Ronaldo kelihatan tenang dan langsung tidak terganggu. - BBC.com.

Artikel Lain