suria

Fabregas bersama Monaco sehingga 2022

CESC Fabregas menyertai Monaco sehingga Jun 2022.

Pemain kelahiran Sepanyol itu meninggalkan Chelsea selepas empat tahun setengah berkelana di Stamford Bridge.

Sepanjang bersama The Blues, pemain tengah tiu berjaya menjulang dua trofi Liga Perdana, Piala FA dan Piala Liga.

Dia merakam 22 gol dalam 198 penampilan untuk Chelsea selepas tiba dari Barcelona pada tahun 2014.

Ketibaan Fabregas di Monaco menyaksikan dia kembali bersama bekas rakan sepasukannya di Arsenal, Thierry Henry yang kini menguruskan kelab Ligue 1 itu.

"Sangat gembira menyertai Monaco. Ia projek baharu buat saya.

"Sebuah kelab yang berkualiti dengan pemain-pemain dan jurulatih muda," jelas Fabregas merujuk kepada Henry.

"Saya bersedia untuk mula. Kami ada perlawanan besar bertemu Marseille Ahad ini. Saya sangat teruja." - Eurosport

Cesc Fabregas, monaco

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kim Swee gugur empat pemain

Artikel Lain