suria

Salah tambah trofi, dipilih Pemain Terbaik Afrika 2018

BINTANG Liverpool Mohamed Salah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Afrika 2018.

Pemain Mesir itu membantu The Reds mara ke final Liga Juara-Juara Mei lalu dan menjadi satu satu senjata dalam perebutan trofi Liga Perdana musim ini.

Dia turut mengekalkan gelaran ini yang dimenangi 12 bulan lalu.

Salah melakar rekod kempen 2017/18 dengan menjaringkan 32 gol dalam Liga Perdana dan 44 gol keseluruhan.

Dia juga turut menjaringkan dua kali pada aksi Piala Dunia Jun lalu untuk Mesir yang tampil buat kali pertama dalam tempoh 28 tahun.

Salah mengetepikan rakan sepasukannya Sadio Mane dan penyerang Arsenal Pierre-Emerick Aubameyang.

Pemain berusia 26 tahun itu juga mengekalkan anugerah Pemain Afrika BBC dan menduduki tempat keenam dalam pencalonan Ballon d'Or baru-baru ini.-Dailymail

Mohamed Salah, Liverpool

Artikel Lain