suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pogba makin menyengat selepas ketiadaan Mourinho, rangkul anugerah Pemain Terbaik Bulanan

PAUL Pogba kembali mengeluarkan 'taringnya' selepas Jose Mourinho dipecat.

Pogba menunjukkan prestasi cemerlang sekaligus dipilih sebagai Pemain Terbaik Disember bulan lalu.

Pemain Perancis itu sebelum ini dikritik hebat apabila prestasi hambar beberapa minggu sebelum Mourinho dipecat selepas terwas 3-1 kepada Liverpool 16 Disember lalu.

Ketika itu, Pogba dibangku simpanan, namun perubahan mendadak ketika kehadiran Ole Gunnar Solskjaer yang dilantikan sebagai pengurus baharu sehingga hujung musim ini.

Sejak itu Pogba membantu Solskjaer mencatat lima kemenangan berturut-turut buat Red Devils dalam aksi Liga dan piala liga.

Bagaimana pun Pogba terlepas aksi Piala FA bertemu Reading Sabtu lalu gara-gara mengalami kecederaan ketika menentang Newcastle United.

"Pogba mengalami kecederaan dan beberapa hari menjalani rawatan.

"Harapnya kami akan dapat kembali Paul minggu ini," ujar Solskjaer di laman rasmi kelab.-Dailymail

Paul Pogba, Manchester United

Artikel Lain