Sebak! Fabregas menitis air mata, "Selamat tinggal Chelsea!" - Sukan | mStar

Sebak! Fabregas menitis air mata, "Selamat tinggal Chelsea!"

Cesc Fabregas mengalirkan air mata sewaktu meninggalkan padang. Foto Mail Online

CESC Fabregas mengucapkan selamat tinggal selepas 501 penampilan dalam perlawanan bola sepak Inggeris apabila dia diganti sebelum wisel penamat yang menyaksikan kemenangan Chelsea menentang Nottingham Forest.

Fabregas menjadi kapten dan terlepas penalti babak pertama tetapi pasukannya cuba mengejar dan memperoleh kemenangan selesa dengan 2-0, menerusi kedua-dua jaringan daripada Alvaro Morata.

Pemain skuad kebangsaan Sepanyol berusia 31 tahun itu meninggalkan padang dengan air mata ketika dia digantikan oleh N'Golo Kante, sehingga mendapat tepukan dan sorakan daripada pengurus, Maurizio Sarri.

Fabregas tampil dalam 198 perlawanan untuk Chelsea dalam semua perlawanan dan menjaringkan 22 gol buat kelab itu sejak berhijrah dari Barcelona pada 2014.

Fabregas mengucapkan selamat tinggal selepas 501 penampilan dalam bola sepak Inggeris. Foto Mail Online

Monaco dijangka menjadi langkah seterusnya buat bekas pemain tengah Arsenal ini.

"Masa berlalu begitu pantas," kata Fabregas.

"Rasanya baru minggu lalu saya mula bermain secara profesional dan kini lebih 15 tahun. Ia berlalu dengan pantas dan anda perlu bersedia setiap tiga hari, kerana kritikan dengan semua orang mengatakan betapa baiknya anda dan jatuh bangun.

"Rasanya semakin tua ia tidak pernah hilang tekniknya. Fizikal boleh berubah. Tetapi teknikal akan terus kekal bersama anda," tambahnya. - Mail Online

Cesc Fabregas , Chelsea

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain