suria

Pochettino sedia isi kerusi panas ditinggalkan Mourinho

Pochettino sedia mengambil alih kerusi panas ditinggalkan Mourinho.

MAURICIO Pochettino dilaporkan mahu menggantikan Jose Mourinho di Old Trafford.

Pengurus Tottenham itu disifatkan lembaga pengarah Manchester United sebagai pengganti paling ideal.

Namun kelab tersebut tidak akan terburu-buru melantiknya pada musim ini.

Selepas pemecatan Mourinho petang Selasa, Pochettino mengelak ditanya mengenai peluang dilantik sebagai pengganti pengendali dari Portugal itu.

Namun menurut The Times, Pochettino melihat kekosongan kerusi di United sebagai satu tawaran yang sukar ditolak dan sudah sedia mengambil alih tugas tersebut.

Menurut laporan itu juga, United sedia mengemukakan tawaran kepada Pochettiono selain beberapa kakitangan kejurulatihannya.

United bagaimanpun berdepan kesukaran untuk memujuk Pengerusi Spurs, Daniel Levy supaya melepaskan pengendali berusia 46 tahun itu.

Pochettino menandatangani kontrak lanjutan bersama Tottenham pada Mei lalu di mana dia komited terhadap kelab itu sehingga 2023.

Dan United perlu membayar wang pampasan sebanyak 34 juta pound sterling jika mahu mendapatkan khidmatnya.

Mourinho dipecat Naib Pengerusi Eksekutifnya, Ed Woodward dalam satu mesyuarat ringkas di padang latihan kelab itu pagi Selasa. - Metro.co.uk

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain