suria

Sarri mahu sambar Denis Suarez

Denis Suarez.

PENGURUS Chelsea Maurizio Sarri berharap dapat menyakinkan pemain tengah Barcelona, Denis Suarez untuk berpindah ke Stamford Bridge.

Pemain berusia 24 tahun itu hanya melakukan satu penampilan setakat ini dan tidak diturunkan ketika aksi bertemu Inter Milan pada Selasa lalu.

Suarez memperkuat Manchester City selama dua tahun sebelum menyertai Barcelona.

Namun pemain tengah itu mula bimbang dengan masa depannya di Camp Nou selepas jarang diturunkan musim ini.

Sarri cuba membawa masuk Suarez semasa dia masih mengendali Napoli dan Marca mendakwa pengurus Chelsea itu akan berusaha merealisasikan perpindahannya.

Menurut laporan, Napoli masih berminat terhadap Suarez dan cuba memujuknya untuk meninggalkan kelab gergasi Sepanyol itu.

Sarri terpaksa membawa masuk pemain baharu selepas tidak pasti dengan masa depan Mateo Kovacic.

Bintang Croatia itu dipinjamkan ke Stamford Bridge dari Real Madrid dan The Blues berminat untuk menjadikan perpindahannya itu bersifat tetap.

Namun, pemain tengah itu yakin khidmatnya masih diperlukan Real Madrid dan dia menyerahkan masa depannya di tangan kelab gergasi Sepanyol itu. - Metro.co.uk

Denis Suarez, Chelsea

Artikel Berikut

Artikel Lain