suria

Guardiola simpati dengan nasib Mourinho, akui masanya akan tiba

Guardiola faham situasi yang dihadapi Mourinho ketika ini.

PEP Guardiola percaya hanya keputusan buruk sahaja yang membuatkan seseorang pengurus itu akan dikritik.

Pegendali Manchester City itu bersimpati dengan apa yang dilalui Jose Mourinho ketika ini.

Mourinho dikritik sepanjang musim ini berikutan prestasi skuad semasa yang agak hambar.

Biarpun begitu, Guardiola tidak mendabik dada dengan prestasi cemerlang skuadnya sejak musim lalu dan yakin kedua-dua mereka berdepan dengan tekanan yang sama.

"Saya menghormati semua pengurus, bukan sahaja Mourinho. Kami tidak berkawan dengan semua pengurus, dan tidak perlu untuk berkawan, tetapi kami berada dalam posisi yang sama apabila  berdepan dengan kesukaran.

"Saya yakin akan berada di sana (dikritik) cepat atau lambat.

"Saya sangat mengagumi pengurus yang cekal apabila berdepan dengan situasi sukar, apabila tewas perlawanan.

"Apabila dia memberi reaksi dan masih lagi berdiri serta meneruskan perjuangan dalam bola sepak, dalam sukan, anda sentiasa akan ada peluang untuk hari berikutnya.

"Jika stabil, anda akan tahu apa yang pelru dilakukan. Sukses dan perlawanan yang baik akan datang. Selalu - terutamanya di kelab yang hebat.

"Jose dan saya mempunyai tuah. Sukses kerana kami berdua mempunyai pemain luar biasa, di kelab luar biasa. Sebab itu kami menang banyak trofi. Itulah sebabnya," jelas Guardiola. -OneFootball.

Pep Guardioala, Jose Mourinho

Artikel Lain