suria

Hubungan Pogba, Mourinho kembali jernih

Paul Pogba.

MINO Raiola, ejen kepada Paul Pogba mengesahkan hubungan pemain tengah itu dengan Jose Mourinho sudah kembali jernih.

Hubungan Pogba dan Mourinho agak dingin beberapa bulan lalu dan semakin parah selepas pemain kebangsaan Perancis itu dilucutkan jawatan sebagai naib kapten pasukan.

Malah Mourinho turut bertikam lidah dengan Pogba semasa sesi latihan selepas salah faham mengenai satu video di Instagram.

Namun kedua-duanya berusaha memulihkan keadaan apabila mengadakan perbincangan dari hati ke hati pada Oktober lalu.

Pogba dan Mourinho sudah bertegur sapa.

"Dia (Pogba) sudah memulihkan hubungannya dengan Mourinho.

"Dia lebih tenang kerana merasakan dirinya amat penting di Manchester. Meskipun begitu Turin masih kekal di hatinya," kata Raiola.

Pogba terlepas sesi latihan pada Jumaat dan penampilannya ketika kunjungan ke Etihad untuk bertemu Manchester City, malam Ahad masih lagi menjadi teka-teki.

Pemain berusia 25 tahun itu menjaringkan dua gol ketika United menundukkan City 3-2 musim lalu.

United mempertahankan rekod tanpa kalah dalam tujuh perlawanan terakhir mereka pada semua kejohanan selepas bergelut dengan prestasi hambar di awal musim. - Metro.co.uk

Paul Pogba, Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Sarri mahu sambar Denis Suarez

Artikel Berikut

Artikel Lain