suria

"Kami bernasib baik di tangga ke-17"

Rafa Benitez

RAFA Benitez memberitahu bernasib baik kerana Newcastle United berada di luar kelompok penyingkiran selepas menang satu daripada sebelas perlawanan musim ini.

Malah Benitez percaya, tempoh mengutip 40 mata sudah lama berlalu.

The Magpies memulakan kempen musim ini dengan situasi yang  buruk dalam sejarah kelab sebelum menang 1-0 ke atas Watford minggu lalu.

Mereka terpaksa merangkak keluar daripada zon penyingkiran untuk berada di kedudukan yang selamat.

"Jika anda menganalisi perlawanan musim ini, semua pasukan teratas sentiasa mencatat kemenangan. Manakala pasukan bawah...kami tewas lebih teruk daripada sebelum ini.

"Ini menggambarkan perbezaan antara satu sama lain dengan jurang yaang besar. Jadi dengan beberapa kemenangan ia akan memberi platfom yang baik untuk maju ke depan.

"Jadi betul, kami sangat bertuah berada di tangga ke-17. Saya beritahu anda tahun lalu, 40 mata satu jaminan untuk kekal. Tetapi pada penghungnya hanya 34 mata. Jurang dengan pasukan teratas semakin besar," ujar Benitez.

Rafa Benitez, The Magpies

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain