suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mourinho akui menyesal beli Sanchez

Sanchez dilaporkan sedia meninggalkan Old Trafford.

JOSE Mourinho menyesal membeli Alexis Sanchez dan percaya Manchester United turutmelakukan kesilapan apabila tidak membawa masuk pemain sayap Inter Milan, Ivan Perisic.

Pemain kebangsaan Chile itu dipercayai tidak gembira berada di Old Trafford dan sedia angkat kaki selepas posisinya diambil alih Anthony Martial.

Sanchez hanya menjaringkan satu gol dalam semua perlawanan musim ini.

Mourinho ternyata hairan dengan prestasi merudum Sanchez dan The Times mendakwa dia mengakui United tersilap membawa masuk pemain sayap yang sepatutnya.

Pengendali dari Portugal itu masih kecewa dengan tindakan kelab tidak menyambar Perisic.

Mourinho merasakan pasukannya kekurangan pemain yang boleh melakukan hantaran dengan baik dan dia kecewa dengan penyudah Sanchez yang kelihatan tumpul.

Sanchez juga dikatakan tidak menerapkan corak permainan Mourinho .

Meskipun Sanchez menyerlah semasa menang ke atas Juventus, Mourinho tetap tidak gembira dengan pemain itu.

Mourinho berpendapat dia sepatutnya menjadi lebih prolifik dan membantu pasukan menjaringkan lebih banyak gol. - Metro.co.uk

Jose Mourinho, Alexis Sanchez

Artikel Lain