suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Itu berita palsu!"

ARSENE Wenger menafikan dakwaan bahawa dia sedang dalam perbincangan untuk mengambil alih tugas di AC Milan.

Pengurus kelahiran Perancis itu dikaitkan dengan spekulasi ke AC Milan selepas kelab itu sudah tidak sabar melihat prestasi hambar skuad di bawah kendalian Gennaro Gattuso.

Milan memulakan musim ini agak perlahan dengan berada di kedudukan keempat Serie A, namun pihak pengurusan tertinggi mahukan sesuatu yang lebih baik selepas melabur sejumlah 130 juta pound bagi persiapan pasukan musim ini.

Menurut laporan France Football, pelabur dari Amerika Elliott Management Corporation yang kini merupakan pemilik AC Milan, Paul dan Gordon Singer berminat untuk mendapatkan Wenger dan sudah memulakan perbincangan.

Namun bekas bos Arsenal itu menafikan laporan tersebut.

"Apa yang boleh saya katakan adalah ia berita palsu.

"Jika saya menandatangani di mana-mana, sudah tentu akan memberitahu anada tetapi ini berita tidak betul," jelasnya kepada beIN Sports.

Wenger masih 'bercuti' selepas melepaskan tugas 22 tahunnya di Arsenal September lalu.

Arsene Wenger

Artikel Lain