suria

Tewas 2-0 kepada Red Star Belgrade, Klopp akui peluang kini sama rata

Pemain-pemain Liverpool kelihatan kecewa selepas tewas 2-0 kepada Red Star Belgrade awal pagi Rabu.

JURGEN Klopp mengakui tewas 2-0 kepada Red Star Belgrade menyaksikan saingan Kumpulan C Liga Juara-Juara kini lebih terbuka.

Sebelum ini The Red mendahului kedudukan kumpulan namun situasinya berubah selepas perlawanan yang berlangsung di tempat lawan awal pagi Rabu.

Liverpool kini berkongsi mata bersama Napoli dan berada di kedudukan kedua kumpulan dengan perbezaan gol.

Klopp berkata, gagal menjaringkan gol di Naples membuatkan dia untuk melihat lebih dekat apa yang perlu diubah.

"Secara keseluruhannya kami tidak tewas. Saya melihat bebeerapa perlawanan seperti ini dan agak sukar untuk mengembalikan rentak.

"Anda tidak menemui jalan di padang, selesaikan masalah. Kami membuatkan 'hidup' lebih mudah malam ini.

"Saya tidak cakap ianya sudah serius jika tewas kali kedua, tetapi kami perlu pastikan ia tidak berulang lagi pada perlawanan di tempat lawan (bertemu PSG) dan bertemu Napoli di tempat sendiri.

"Kami akan pastikan anda tidak bertanyakan soalan ini lagi.

"Agak awal memberitahu bagaimana. Kami mempunyai banyak saat yang boleh dikawal dan kami tidak berbuat demikian. Kami hanya tersilap membuat keputusan.

"Kami perlu pasti di Paris nanti, kami akan melakukan yang lebih baik. Kami boleh bercakap mengenainya tetapi malam ini tidak boleh mengubahnya," jelas Klopp selepas perlawanan. -Eurosport.

Jurgen Klopp, Liverpool

Artikel Lain