suria

Pochettino 'terima' tawaran jadi jurulatih Real, tapi pengerusi Spurs tak setuju

Pochettino menerima tawaran untuk menjadi pengurus Real Madrid, namun terpaksa melupakan hasratnya itu. - Foto Getty

BOS Tottenham Mauricio Pochettino menerima tawaran untuk menjadi pengurus Real Madrid pada musim panas, namun pengerusi Spurs, Daniel Levy pula menarik tawaran perpindahan itu.

Itulah dakwaan berbaur sensasi daripada pakar Duncan Castles, yang mengatakan bahawa gergasi Bernabeu mahu Pochettino menggantikan Zinedine Zidane.

Ia adalah satu peluang sangat baik untuk ditolak oleh pengurus Argentina itu.

Namun, perjanjian itu tidak akan menjadi nyata kerana pengerusi Tottenham menghalang ia daripada berlaku, kata Castles.

"Pochettino menginginkan jawatan itu pada musim panas, dia ditawarkan kerja dan menerimanya, tetapi Daniel Levy menghalang perkara itu daripada berlaku," katanya kepada Transfer Window Podcast.

Tottenham berharap dapat memenuhi impian menguasai perlawanan dalam Liga Juara-Juara menentang PSV Eindhoven pada malam Selasa.

Jurulatih itu telah mengalami mimpi buruk selama setahun selepas dipecat oleh Sepanyol menjelang Piala Dunia selepas bersetuju untuk menggalas tugas di Real Madrid. - Express UK

Mauricio Pochettino

Artikel Lain