suria

Pemain bola dibunuh kejam gara-gara mesej 'prank'

Correa dipercayai mengambil gambar tersebut sekadar untuk suka-suka.

SEORANG pemain bola sepak ditemui mati dalam keadaan mengerikan dengan kepalanya nyaris putus dan kemaluannya dipotong gara-gara menghantar mesej 'prank' kepada rakan-rakannya menerusi WhatsApp.

Mayat Daniel Correa ditemui di bandar Sao Joe dos Pinhais, Brazil pada Sabtu lalu.

Menurut media tempatan, mangsa kemungkinan diseksa sehingga mati.

Pemain berusia 24 tahun itu yang beraksi untuk Sao Paulo menghadiri sambutan ulang tahun kelahiran Allana Brittes yang ke-18 tahun di sebuah kelab malam di Curitiba sebelum dia dibunuh.

Daniel Correa.

Tiga hari kemudian, bapa kepada Allana, Edson Brittes Junior, 39, mengaku membunuh Correa dengan memberitahu polis pemain bola sepak itu cuba merogol isterinya Cristiana.

Pada Isnin, tular gambar menunjukkan Correa di atas katil bersama dengan seorang wanita yang sedang tidur dipercayai isteri Brittes.

Gambar-gambar itu dihantar oleh Correa kepada rakan-rakannya di WhatsApp, kali terakhir dia dilihat sebelum dibunuh.

Polis berkata gambar itu diambil sekadar untuk suka-suka.

Sumber berkata Correa mengalami kecederaan parah di kepala sebelum mayatnya disumbat di dalam bonet kereta dan dibawa ke kawasan hutan. - The Mirror

Daniel Correa, Sao Paulo

Artikel Sebelum

Artikel Lain